Friday, December 14, 2012

Bangkitlah !

Untuk semua akhwatku yang dah habis exam :)

Mari sama-sama teruskan jadi pemuda Kahfi, pejuang Badar di kala cuti ini!


Sunday, December 2, 2012

Pengikat Hati-Hati Kami

Assalamualaikum wbt..

Sebagai permulaan yang baru setelah menyepi, akan ku kirimkan doa rabithah ini buat antunna.
Semoga Allah satukan hati-hati kita dan kuatkan ikatan antara kita ini, in shaa Allah..



Ayuh, kita berjuang menegakkan syariat Allah di muka bumi ini.!!

-qaswa' zamrud

Tuesday, November 13, 2012

Di Sana


Di sana,

Aku mula mengenaliNya.

Ahh dan ku kira itu juga saat pertama aku mengenali persahabatan

Yang dibina atas dasar akidahNya.


Di sana,

Bersama-sama kalian di dalam bulatan

Kita mengorak langkah sedikit demi sedikit

Menjadi orang yang asing di dalam masyarakat yang sedia asing



Di sana,

Kita berkongsi bersama-sama merasakan penat lelah

Gelak tawa, suka duka, susah payah

Untuk istiqamah dalam jalanNya.


Di sana,

Aku mula sedar bahawa sungguh,

Allah tidak mengumpulkan kita tanpa sebab

Kerna sesungguhnya Allah telah menemukan kita dalam tali ikatanNya yang paling utuh,

Yakni ikatan aqidahNya.



وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّـهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّـهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ  

Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah ketika kamu dahulu bermusuhan (masa jahiliah), lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk. 
(Ali 'Imran 3:103)


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Rindu sebenarnya bila baca balik post-post dalam blog ni, kawan-kawan :')

Semacam segala memori yang kita kongsi waktu di INTI ditayangkan semula dalam kotak memoriku ini.

Aku tertanya-tanya apakah kalian jua masih ingat saat kita ditarbiyyah bersama di sana?

Wallahi, itulah saat paaaaling manis dalam hidup (walaupun kita masih mentah dan muda)! 

Aku tak pandai menyatakan hasratku, tapi apa yang paling aku ingin nyatakan adalah

Aku rindu saat kita berlumba-lumba melakukan kebaikan.

Seperti mana kita gigih membuat flyers "Reminders", solat berjemaah di setiap level, dan juga makan-makan bersama di Tomyam Koong ataupun kedai Thai di sebelahnya bersama-sama untuk eratkan ukhuwwah bersama. 




Mari kawan-kawanku, kita kembali bina bersama diri kita ! 

Mari kembali menjadi unta-unta padang pasir yang begitu tegar menahan apa cuba cabaran, dalam usaha melaksanakan tugas dan amanah Allah kepadanya.

Mari menjadi Qaswa, unta yang tidak akan berhenti selagi tidak diberhentikan Allah. 

Last skali, mari kata Aiwahhh kepada segala seruan di atas !


A BIG SHOUTOUT to all my sweet qaswa', Qaswa' Zamrud, Qaswaul Aswad, Unta Merah, Unta Purple, Unta Putih & Unta Turqoise !

* Ok saya akui saya takpandai tulis langsung, jadi jangan gelakkan saya lah ya ^^"