Tuesday, May 25, 2010

RABI'ATUL ADAWIYYAH







_____________________________________________________________________________________


Nama wanita ini tidaklah membawa apa-apa makna yang agung. Rabi’ah; bermaksud yang keempat. Namun, insan ini sungguh istimewa kerana Rabi’ah adalah satu-satunya wanita yang sampai ke peringkat wali Allah. Mari kita ikuti jejak-jejak hidup Rabi’ah seba sedikit.

_____________________________________________________________________________________


Kecerdikan, ketakwaan dan ketaatan Rabi’ah telah menonjol sejak kecil lagi. Rabi’ah telah menghafaz Al-Quran sejak berusia 10 tahun. Ketika Rabi’ah sekeluarga makan, sebelum Rabi’ah menyuapkan makanan, Rabiah berkata kepada bapanya, Ismail :

Rabi’ah : Abah, yang haram tidak akan menjadi halal, hanya kerana abah merasa wajib memberi kami makan.

Ismail : Rabi’ah, apa pendapatmu sekiranya abah tidak mendapat makanan kecuali yang haram?

Rabi’ah : Kita mesti banyak bersabar, abah. Kerana menahan lapar di dunia jauh lebih baik daripada sabar menanggung seksa api neraka di akhirat.

_____________________________________________________________________________________


Apabila dewasa, cinta Rabi’ah terhadap Penciptanya semakin membara. Setiap degup jantung dan gerak bibirnya tidak pernah alpa daripada berzikir dan tasbih kepada Allah, kekasihnya. Malam-malamnya berlalu tanpa tidur. Rabi’ah berlumba-lumba dengan para malaikat dalam taat dan ibadat. Apabila pagi sudah sampai, ia merasa dirinya sudah kalah, ia merasa dirinya belum cukup dalam ibadat dan ketaatan. Ketika malam menjelang, hatinya sangat gembira kerana ia yakin ketika ini nikmat akan datang kepadanya, yakni nikmat kebesaran Allah yang dikutipnya ketika semua orang sedang tidur nyenyak, ketika semua makhluk menutup kelopak mata mereka rapat-rapat. Maka tidak hairanlah apabila setiap hari dan malamnya ia melakukan solat sekurang-kurangnya seribu rakaat. Seseorang bertanya kepada Rabi’ah :

Si polan : Balasan apakah yang engkau inginkan daripada ibadatmu ini, wahai Rabi’ah?

Rabi’ah : Saya tidak menginginkan balasan apa-apa. Tapi saya ingin menggembirakan Rasulullah nanti pada hari kiamat, iaitu mengatakan pada para nabi, “Lihatlah, inilah amalan seorang wanita daripada umatku!”

_____________________________________________________________________________________


Cita-cita Rabi’ah yang paling tinggi ialah berjumpa dengan kekasih hatinya, yakni dapat melihat wajah Allah. Puncak kebahagiaan seorang pencinta ialah bertemu dengan kekasihnya. Pertemuan antara hamba dengan khaliknya merupakan kesenangan yang melebihi kesenangan yang lain. Rabi’ah bukan sahaja terkenal di bumi, malah sangat popular dalam kalangan para malaikat di langit.

Pada suatu malam, keluarlah kata-kata indah yang dihadapkan kepada Tuhannya :

“Tuhanku, bintang-bintang masih memancarkan cahaya, seluruh mata sedang tidur lena, raja-raja sudah pun menutup pintu istananya dan para suami sudah pun berasmara dengan isterinya. Sedangkan aku sekarang sedang berdiri tegak di hadapanMu.”

Keesokan pagi, selesai solat Subuh, Rabi’ah sekali lagi bermunajat kepada Allah :

“Tuhanku, kini malam telah berakhir dan siang sudah bermula. Engkau terimakah malamku(ibadat malam tadi)? Jika Engkau menerimanya, aku sangat bahagia. Jika Engkau menolaknya, aku akan bersabar. Aku akan terus bersungguh-sungguh menghadapkan diriku kepadaMu selagi Engkau masih memberi hidup untukku. Aku akan mendatangiMu dan sentiasa berusaha supaya aku sampai di pintuMu. Sekiranya Engkau mengusir dan menghalau aku, aku tidak akan meninggalkanMu, kerana aku amat mencintaiMu, Tuhanku.”

_____________________________________________________________________________________


Mengapa Rabi’ah menolak perkahwinan? Mari kita lihat dialog antara Hasan Al-Basri dengan Rabi’ah :

Hasan : Wahai Rabi’ah. Adakah anda akan berkahwin?

Rabiah : Kahwin itu penting bagi orang yang mempunyai pilihan. Sedangkan saya tidak mempunyai pilihan, kerana saya sudah bernazar dan menetapkan untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Tuhanku! Saya telah memutuskan untuk hidup di bawah perintah-perintah-Nya.

Hasan : Bagaimana anda boleh mencapai darjat setinggi ini, wahai Rabi’ah? Maksud saya, bagaimana anda boleh sampai ke darjat yang padanya semua tindakan dan kehendakmu telah dipilih Allah bagimu sehingga kemahuanmu sudah hilang dalam memilih? Bagaimana anda memperoleh taraf yang padanya semua kegiatan hidup anda berdasarkan bisikan ilham dan arahan Allah?

Rabi’ah : Semuanya saya peroleh dengan memerangi hawa nafsu dan menaklukkannya.

_____________________________________________________________________________________


Pada suatu hari, beberapa orang salih datang berziarah ke rumah Rab’iah. Terjadilah perbualan antara mereka :

Rabi’ah : Mengapa anda menyembah Allah?

Orang salih 1 : Kerana saya takut akan api neraka.

Rabi’ah : Mengapa anda menyembah Allah?

Orang salih 2 : Saya menyembah Alah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya.

Rabi’ah : Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka! Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, apakah kamu tidak menyembah Allah?

Orang salih 3 : Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami mengapa anda menyembah Allah?

Rabi’ah : Saya menyembahNya adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya.

Kadang -kadang Rabi’ah menerangkan sikapnya dengan perantaraan rumus atau tamsilan. Pada suatu hari orang melihat Rabi’ah membawa air di tangan sebelah dan api di tangan sebelah lagi. Orang itu pun bertanya :

Si polan : Ke mana engkau Rabi’ah?

Rabi’ah : Saya mahu ke langit, untuk membakar syurga dan memadamkan api neraka, supaya kedua-duanya tidak menjadi sebab manusia menyembah Allah.

Rabi’ah selalu berdoa :

“Tuhanku, jadikanlah neraka itu tempat musuh-musuhMu dan syurga itu tempat para kekasihMu. Adapun aku memadai dengan melihat serta menyaksikan zatMu.”

“Wahai Tuhanku, jika aku menyembahMu kerana takut akan nerakaMu, maka bakarlah aku dengannya. Jika aku menyembahMu kerana mengharapkan syurgaMu, haramkanlah aku memasukinya. Tapi jika aku menyembahMu semata-mata kerana cintaku kepadaMu, maka janganlah kecewakan aku, janganlah tutup diriMu dari pandanganku.”

_____________________________________________________________________________________


Rabi’ah memang berhak mendapat gelaran penghulu orang-orang zuhud. Malik bin Dinar pernah melihat Rabi’ah minum dari bejana yang sudah pecah. Tikar yang terbentang di situ sudah usang, sementara yang dijadikannya bantal ialah batu bata. Mari kita lihat dialog antara Malik bin Dinar dengan Rabi’ah :

Malik : Wahai Rabiah, ramai kawan saya yang kaya. Sudikah engkau menerima pemberian mereka?

Rabi’ah: Wahai Malik, ucapanmu itu amat tidak menyenangkan saya dan itu memang salah. Yang memberi rezeki kepada kawan-kawanmu yang kaya itu ialah Allah sebagaimana yang memberi rezekiku juga Dia. Apakah engkau ingin menyatakan bahawa orang-orang kaya sahaja yang beroleh rezeki sementara orang miskin tidak? Kalau Allah mentakdirkan kita begini, maka tugas yang perlu kita lakukan ialah menerimanya dengan pasrah. Lain tidak.

_____________________________________________________________________________________


Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi’ah. Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk digunakan berwudhu', itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari pondok tersebut. Tiba-tiba Rabi'ah menegur si pencuri tersebut :

Rabi’ah : Hei, jangan keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini. Silakan ambil sesuatu.

Pencuri : Tiada apa-apa yang dapat aku ambil dari rumahmu ini.

Rabi’ah : Ambillah itu!(kendi buruk)

Pencuri : Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga.

Rabi’ah : Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu' menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah dua rakaat. Dengan demikian, engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga dari pondok burukku ini.

Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi merasa gementar. Hatinya yang selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata Rabi'ah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya. Kemudian dia menunaikan solat dua rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini. Rabi'ah lantas berdoa :

"Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapanMu. Oleh itu, janganlah Engkau halang dia
daripada memperolehi nikmat dan rahmatMu."

_____________________________________________________________________________________


Rabi’ah merupakan orang yang sabar dan syukur. Suatu hari Rabi’ah menderita penyakit yang teruk. Berlakulah dialog antara Sufyan al- Thawri dengan Rabi’ah :

Sufyan : Berdoalah kepada Allah supaya Dia lekas meringankan penyakitmu.

Rabi’ah : Wahai Sufyan, siapakah yang menurunkan penyakit ini ke atasku?

Sufyan : Allah Taala.

Rabi’ah : Jika Allah berkehendak untuk mencuba saya dengan penyakit ini, untuk apalagi saya berpura-pura tidak tahu kehendakNya?

_____________________________________________________________________________________


Rabi’ah mempunyai kawan rapat bernama Hayyunah. Kedua-dua mereka sama-sama mencintai Allah dengan sepenuh hati. Ketika Hayyunah bertandang ke rumah Rabi’ah berlakulah perbualan antara mereka :

Rabi’ah : Tahukah engkau wahai Hayyunah, mengapa Allah menjadikan makhluk?

Hayyunah : Dia menjadikan mereka supaya mereka menyembahNya, sebagaiman firmanNya : “ Tidak Ku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu” (Al-Zariyat:56).

Rabi’ah : Dia menjadikan mereka supaya mereka mengenalNya. Apabila mereka semua sudah mengenalNya, mereka akan menyembahNya. Apabila mereka sudah menyembahNya, mereka akan mencintaiNya. Apabila mereka sudah mencintaiNya, dibukakanlah bagi mereka rahsia-rahsia kerajaanNya. Apabila mereka sudah menyaksikan rahsia-rahsia kerajaanNya, bertambahlah kenikmatan mereka ketika menyaksikan cahaya kekuasaanNya.

_____________________________________________________________________________________


Ramai orang berusaha mencungkil sejauh manakah cinta Rabi’ah kepada Allah :

Si polan : Wahai Rabi’ah, bagaimana pandangan anda tentang cinta?

Rabi’ah : Pencinta dan yang dicintai tidak ada yang mengantarai. Cinta berbicara dengan rindu dan perasaan. Orang yang merasakan cinta itu saja yang dapat mengenal apa itu cinta. Cinta tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata, cinta itu sendirilah yang mampu menjelaskan dirinya.

_____________________________________________________________________________________


Kekeramatan apakah yang pernah berlaku pada diri Rabi’ah? Keganjilan yang bagaimanakah yang pernah terbit dari dirinya sehingga ia berhak digelar sebagai berpangkat wali? Salah satu keramat Rabi’ah ialah semasa ia sedang bertafakkur bersendirian di padang pasir yang luas, binatang jinak dan binatang liar semuanya berkumpul dengan tenang di sekeliling Rabi’ah. Apabilah Hasan Al-Basri datang ke tempat itu, semua binatang tersebut lari bertempiaran. Hasan Al-Basri sedih lalu bertanya kepada Rabi’ah :

Hasan : Mengapa binatang itu lari dariku tetapi jinak di sampingmu?

Rabi’ah : Apa yang anda makan sebelum datang ke mari?

Hasan : Apa hubungan makanan yang ku makan dengan larinya haiwan dariku? Aku telah memakan bawang yang dimasak dengan lemak daging.

Rabi’ah : Bagaimana haiwan tidak lari darimu, sedangkan engkau telah memakan lemaknya? Kau tahu, sekiranya tubuhmu kurus kering seperti semut, nescaya ulat-ulat tidak berminat melubangi kuburanmu. Jika engkau hanya makan sebiji kurma setiap hari, pastilah jasadmu dalam kubur selamat daripada ulat.

Keramat lain berlaku ketika Rabi’ah sedang duduk di tepi Sungai Furat mengagungkan kekuasaan Allah. Tiba-tiba Hasan Al-Basri mendatanginya lalu melemparkan sejadah ke atas air dan berdiri sambil berkata :

Hasan : Rabi’ah, mari kita solat sunat dua rakaat di atas air ini.

Rabi’ah : Adakah engkau cuba memperlihatkan masalah dunia kepada ahli akhirat? Aku akan tunjukkan kepadamu masalah yang tidak dapat dilakukan orang awam.

Sejurus kemudian Rabi’ah menghamparkan sejadahnya di udara, lalu ia naik ke atasnya seraya berteriak :

Rabi’ah : Wahai Hasan, mari ke sini. Disinilah tempat yang lebih aman dan jauh dari pandangan orang. Apa yang anda lakukan, sebenarnya ikan pun dapat melakukannya. Dan apa yang kulakukan, lalat pun mampu melakukannya. Namun, matlamat kita adalah jauh lebih hebat daripada itu.

_____________________________________________________________________________________


Kawan-kawan, marilah kita jadikan Rabi'atul Adawiyyah sebagai idola hidup kita. Bagi mendapatkan cerita Rabi'ah yang lebih banyak, di sini saya sediakan beberapa laman web yang berkaitan :


http://dream-fable.net/
http://www.wisemuslimwomen.org/muslimwomen/bio/rabia_al-adawiyya/
http://en.wikipedia.org/wiki/Rabia_al-Adawiyyahttp://www.mythinglinks.org/NearEast~3monotheisms~Islam~Rabia.html
http://www.sufimaster.org/adawiyya.htm
http://hamden.proboards.com/index.cgi?board=general&action=print&thread=55
http://rockbebeh.blogspot.com/2007/09/dibawah-lindungan-kaabah-kisah-benar.html
http://rud1.cybermq.com/post/detail/1787/kata-bijak---kata-cinta--mahabbah---rabiatul-adawiyah--sufi-
http://www.muslimah.com.my/index.php/pdf/kisah-rabiatul-adawiyah.pdf

Cuti Dengan Kek Coklat

Jom tengok video ni sekejap




Lawa kan video ni? Best plak tu. :) :) Tapi, di sebalik video ini, tersirat seribu satu ibrah (pengajaran) yang boleh kita pelajari demi mendekatkan hati-hati kita kepada Allah S.W.T (InsyaAllah)

Cuba kaitkan video ringkas itu dengan hidup kita sebentar. Jom, jom, jom! :)

Pertama, Unta Merah yakin bahawa kebanyakan daripada kita semua sedang bersenang-lenang bercuti panjang bersama-sama keluarga tercinta kan? :)

Kalau dulu, saat-saat kita semua masih belajar di kolej atau pun di universiti, kita akan dapati bahawa terlalu mudah untuk kita mendapatkan suasana-suasana tarbiyah dan input-input berguna yang dapat mendekatkan hati-hati kita kepada Allah kan?

Tetapi sekarang ini kita berada di dalam rumah kita.

Rumah yang mungkin tidak wujud suasana-suasana biah solehah yang dapat terus menerus membasahkan hati-hati kita. Dengan tv lah, house chores la dan sebagainya.

Kita semakin busy.

Busy menyibukkan diri melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti dalam rumah kita sampai kita terlupa untuk membasahkan hati kita dan tolong-menolong membasahkan hati-hati orang-orang lain demi mendapatkan keredaan dan kemuliaan di sisiNya.

Astaghfirullah.

Berbalik kepada video tadi. Orang itu beranggapan bahawa kek coklat itu adalah makanan hariannya.
Tanpanya, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. :)

Tetapi, masalahnya, dia hanya bergantung kepada orang lain untuk membuatkan dan menghidangkan kek untuk dia makan. Dia malas untuk membuat kek sendiri demi memenuhkan selera makannya itu.

Sama kan dengan kita?

Kita selalu mengharapkan orang lain memberikan perkongsian-perkongsian dan ingatan-ingatan yang dapat membasahkan hati-hati kita dengan cahaya keimanan.

Tetapi sampai bila???????

Sampai bila kita harus berharap kepada orang lain???????

Jom kita gunakan masa cuti kita dengan sebaik-baiknya. Jangan biarkan hati kita terus kering kontang dan kehausan iman.

Ambil buku, tambah ilmu, amal terus, ucap syukur.

Gerak! Dan terus bergerak!

Jangan biarkan diri kita terleka dengan aktiviti dan kerja harian kita dan terus menerus menjadi robot dunia!

Buat sesuatu, rancang sesuatu, demi Allah Yang Satu.

Ingat, iman kita bukan sekadar di sesuatu tempat. Tinggi di universiti, rendah di rumah sendiri.

Astaghfirullah dan Wallahu'alam.

Akhir kata, jom banyakkan baca buku, join UO dan basahkan hati dan iman selalu! :) InsyaAllah!

Friday, May 21, 2010

wanita & kupu-kupu

Kupu-kupu tetap indah, cantik dan menawan. Sebilanganbesar
kupu-kupu terbang pada waktu siang, hinggap pada
bunga-bungaan, menghirup manisan yang
tersembunyi di tengah-tengah kelopak bunga. Sesiapapun
pasti melirik apabilaterperasankan kelibat
kupu-kupu melintasi, hati sesiapapun ingin
memiliki keindahan, kecantikan dan keunikannya di
hujung jari.



Demikian Allah menjadikan wanita untuk
menghiasi bumi sebagaimana Allah menjadikan
kupu-kupu untuk menghiasi
bunga-bungaan.



Tanpa wanita,
dunia ini terasa sempit dan tidak seronok untuk
didiami. Kaum lelaki berasa rimas
sebagaimana Nabi Adam a.s.
pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi
kenikmatan di syurga.Ternyata wanita cukup diperlukan dalam
kehidupan lelaki sebagaimana
bunga amat diperlukan kepada suntingan kupu-kupu
untuk merealisasikan proses pendebungaan.



Tanpa Siti Khadijah barangkali Rasulullah s.a.w. tidak
mendapatdorongan yang amat diperlukan untuk terus bangun,
berpegang teguh pada keyakinannya dan terus menyebarkan
agama yang terulung itu iaitu Islam.



Tanpa Sumaiyah, barangkali tidak terbuktilah betapa wanita
boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun
maut di depannya. Dan tanpa wanita, siapalah lelaki kerana
setiap lelaki lahir dari perut wanita.



Tetapi alangkah besar dan hebatnya peranan wanita dalam
merosakkan kehidupan lelaki, sebagaimana
besar dan hebatnya peranan kupu-kupu merosakkan
diri sendiri dengan menerjah api.


~Renung-renungkan dan selamat beramal~

-qaswa' zamrud-

Wednesday, May 12, 2010

our real battle

"yeay dah habis exam!!"

"lepas nih boleh la relax2 tanpa ade rse bersalah!"

"hooray boleh balik umah!!"

dan yang paling bestnye,

"jom kite enjoy!!"

ni lah kata2 yg biasenye kuar dr mulut kita yang baru habis final. setelah 4 bulan struggle habis2an for final, ni lah saat yg dinanti2..saat pulang ke rumah dan enjoy..

tapi ingat tugas kite sebagai khalifah dan 'abid xpernah habis..tak pernah ade cuti sem atau cuti umum atau MC..kerja sebagai hamba Allah nih tetap akan berterusan tak kire siang malam, senang susah, sihat sakit, gembira sedih atau di kolej mahupun di rumah..kite boleh declare kite dah merdeka dari exam, test assignment atau quiz, tp kite xboleh declare kite merdeka dari amanah Allah..selagi kite x 'graduate' saat izrael menjemput, selagi tuh kite kene rempuh 'test2', assignment2 dan quiz2 yg Allah dah sediakan untuk kite, sesuai dengan kemampuan masing2.


sedar atau tidak, 'test' kite kat rumah lagi hebat dari di kolej..di rumah kite akan berdepan dengan medan jihad yg sebenar, 'our real battle'. musuh kite seperti'RAKSASA TV' lengkap dengan senjata 'ASTRO GUN' telah bersiap sedia untuk membedil kubu imaan yang kite bina di INTI..tapi kalau kite dirumah, sekadar goyang kaki dan TIDUR!, so ape jadi ngan kubu imaan kite?? punah, hancur tinggal debu..

so ape lagi kawan2! jom kite kuatkan stamina sabar kite dangan latihan ibadah...mantapkan ilmu perang kite dengan baca al Quran...hilangkan lelah berjuang kite dengah alunan nasyid seperti 'glorified names'...dan yang paling penting, stay together...selitkan UO smentara menunggu reply comment di FB...lebih mantap lagi jika UO di FB..terang2an di depan teman2 lain..siapa tahu kalau2 terbuka pulak hati mereka. :)



p/s: maaf lukisan unta tuh,terkena air sirap T__T..

p/s: unta ini berpesan pada dirinya jugak (^_^*)

Monday, May 10, 2010

sedar atau tidak?


Sedar tidak sedar sudah sekian lama kita diberi nikmat oleh Allah SWT utk merasai kehidupan duniawi...semakin meningkat usia kita...lalu semakin berat jua ujian2 yg dikirimkan...aku akui kelemahan diri...namun adakalnya nafsu mendorong utk berputus asa,lalu akal terus mempertahankan mencari jalan keluar..dan imanlah sebagai perisai utk diri ini terus bertahan...sesungguhnya besar ganjaran kerana besarnya ujian..Sesungguhnya ALLAH, jika Dia mengasihi, nescaya akan diuji dgn ujian..Sesiapa yg redha maka baginya keredhaan Allah..Barangsiapa yg tidak bersabar nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka...Baru diberi sdikit ujian, sudah merungut...inikah insan yang bakal Allah plilh utk ditmptkan di JannahNya..Allahuakbar..
su
karnya kehidupan yang bnar krana ia suatu perjuangan..

Ya..inilah hakikat sebuah kehidupan..selagi diberi nafas, akan kita terus meredah segala onak duri kehidupan..kerana bagi kita kehidupan adalah suatu perjuangn...walau adakalanya kita tanpa sengaja mengeluh dgn ujian Allah ini...lepas satu..satu yg datang..bagaikan tidak berkesudahan..ya Allah..maafkan hamba-hambaMu ini..inilah tanda kasih sayangMu..lalu Kau uji hamba2Mu...

Kami dambakan cinta sejati yang kekal selamanya..biarpun pahit..perjalanan meraihnya,demi redhaMu..ku harungi jua...Diri kami kini masih tercari-cari..Jawapan misteri tiap persoalan ini dan kami akui kesalahan demi kesalahan dibuat segalanya...Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi ini, membawa pengertian hidup yang abadi tanpa perlu menipu diri sendiri yang menjadi lumrah duniawi...

Ya Allah..berikan kekuatan pada hamba2Mu ini...agar terus tabah mnongkah arus kehidupan di bumi ini...terus mempunyai kekuatan untuk meneruskan perjuangan..untuk menyampaikan dakwah di muka bumi ini..sesungguhnya rahmatMu melangit luas....mg diri kami berada di bawah naungan rahmat Mu...tidak tercela dek ujian2 yg Kau kirimkan...terima lah cinta kami...

Ya Allah..tetapkan aku..dan saudaraku di atas Jalan Yang engkau redhai..

p/s
maaf kalo ade terkasar or x memenuhi piawaian ntuk post ape2 di sini.
unta purple :)