Tuesday, February 26, 2013

Jalan Dakwah

ini sumpah panjang.

Lagi berliku-liku.

Kalau kita mengharapkan segalanya senang, buang lah segala tanggapan itu.

Lihat saja para rasul, Sahabah & Sahabiyah terdahulu. Mereka bukan saja berkorban harta, jiwa dan tenaga tetapi mereka perlu bergelut untuk mendahulukan urusan mereka dalam menegakkan tauhid yang Satu dalam setiap jiwa di tanah Arab dahulu kala.

Walaupun itu bermakna mereka terpaksa meninggalkan keselesaan bersama keluarga, isteri, rakan-rakan seperjuangan ataupun anak-anak mereka.

Ukhti, kita semua bakal pulang ke tanah air kita.

Malaysia, medan yang bakal menguji kita seteruk-teruknya.

Aku juga, jujurnya sangat takut untuk pulang ke sana.

Namun aku sangat berharap Allah kuatkan aku di jalan ini...walaupun bakal berhadapan dengan mehnah super hebat di Malaysia.

Apa-apapun, kuatkanlah tarbiyah dzatiyah ! Hubungkanlah diri sebaik mungkin denganNya. (nasihat paling utama untuk diriku)

Akhir kata, aku ambil saja kata-kata Anis Matta yang ku kira sangat memberi makna kepada kita, para pejuang di jalan ini.

"Maka bersabarlah sepanjang jalan dakwah, kerana dakwah seperti lari marathon. Nafas panjang selalu diperlukan. Dan jangan sampai kehabisan nafas di tengah jalan".




Allahumma muqallibal qulub tsabbit qulubana 'ala deenik wala tho'atik.