Friday, May 21, 2010

wanita & kupu-kupu

Kupu-kupu tetap indah, cantik dan menawan. Sebilanganbesar
kupu-kupu terbang pada waktu siang, hinggap pada
bunga-bungaan, menghirup manisan yang
tersembunyi di tengah-tengah kelopak bunga. Sesiapapun
pasti melirik apabilaterperasankan kelibat
kupu-kupu melintasi, hati sesiapapun ingin
memiliki keindahan, kecantikan dan keunikannya di
hujung jari.



Demikian Allah menjadikan wanita untuk
menghiasi bumi sebagaimana Allah menjadikan
kupu-kupu untuk menghiasi
bunga-bungaan.



Tanpa wanita,
dunia ini terasa sempit dan tidak seronok untuk
didiami. Kaum lelaki berasa rimas
sebagaimana Nabi Adam a.s.
pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi
kenikmatan di syurga.Ternyata wanita cukup diperlukan dalam
kehidupan lelaki sebagaimana
bunga amat diperlukan kepada suntingan kupu-kupu
untuk merealisasikan proses pendebungaan.



Tanpa Siti Khadijah barangkali Rasulullah s.a.w. tidak
mendapatdorongan yang amat diperlukan untuk terus bangun,
berpegang teguh pada keyakinannya dan terus menyebarkan
agama yang terulung itu iaitu Islam.



Tanpa Sumaiyah, barangkali tidak terbuktilah betapa wanita
boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun
maut di depannya. Dan tanpa wanita, siapalah lelaki kerana
setiap lelaki lahir dari perut wanita.



Tetapi alangkah besar dan hebatnya peranan wanita dalam
merosakkan kehidupan lelaki, sebagaimana
besar dan hebatnya peranan kupu-kupu merosakkan
diri sendiri dengan menerjah api.


~Renung-renungkan dan selamat beramal~

-qaswa' zamrud-

No comments:

Post a Comment