Tuesday, May 25, 2010

Cuti Dengan Kek Coklat

Jom tengok video ni sekejap




Lawa kan video ni? Best plak tu. :) :) Tapi, di sebalik video ini, tersirat seribu satu ibrah (pengajaran) yang boleh kita pelajari demi mendekatkan hati-hati kita kepada Allah S.W.T (InsyaAllah)

Cuba kaitkan video ringkas itu dengan hidup kita sebentar. Jom, jom, jom! :)

Pertama, Unta Merah yakin bahawa kebanyakan daripada kita semua sedang bersenang-lenang bercuti panjang bersama-sama keluarga tercinta kan? :)

Kalau dulu, saat-saat kita semua masih belajar di kolej atau pun di universiti, kita akan dapati bahawa terlalu mudah untuk kita mendapatkan suasana-suasana tarbiyah dan input-input berguna yang dapat mendekatkan hati-hati kita kepada Allah kan?

Tetapi sekarang ini kita berada di dalam rumah kita.

Rumah yang mungkin tidak wujud suasana-suasana biah solehah yang dapat terus menerus membasahkan hati-hati kita. Dengan tv lah, house chores la dan sebagainya.

Kita semakin busy.

Busy menyibukkan diri melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti dalam rumah kita sampai kita terlupa untuk membasahkan hati kita dan tolong-menolong membasahkan hati-hati orang-orang lain demi mendapatkan keredaan dan kemuliaan di sisiNya.

Astaghfirullah.

Berbalik kepada video tadi. Orang itu beranggapan bahawa kek coklat itu adalah makanan hariannya.
Tanpanya, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang. :)

Tetapi, masalahnya, dia hanya bergantung kepada orang lain untuk membuatkan dan menghidangkan kek untuk dia makan. Dia malas untuk membuat kek sendiri demi memenuhkan selera makannya itu.

Sama kan dengan kita?

Kita selalu mengharapkan orang lain memberikan perkongsian-perkongsian dan ingatan-ingatan yang dapat membasahkan hati-hati kita dengan cahaya keimanan.

Tetapi sampai bila???????

Sampai bila kita harus berharap kepada orang lain???????

Jom kita gunakan masa cuti kita dengan sebaik-baiknya. Jangan biarkan hati kita terus kering kontang dan kehausan iman.

Ambil buku, tambah ilmu, amal terus, ucap syukur.

Gerak! Dan terus bergerak!

Jangan biarkan diri kita terleka dengan aktiviti dan kerja harian kita dan terus menerus menjadi robot dunia!

Buat sesuatu, rancang sesuatu, demi Allah Yang Satu.

Ingat, iman kita bukan sekadar di sesuatu tempat. Tinggi di universiti, rendah di rumah sendiri.

Astaghfirullah dan Wallahu'alam.

Akhir kata, jom banyakkan baca buku, join UO dan basahkan hati dan iman selalu! :) InsyaAllah!

1 comment:

  1. betul2. rasa kena batang hidung sendiri baca post yang ni.

    terima kasih unta merah sbb mengingatkan.

    ReplyDelete